Wednesday, April 30, 2008

Daging Masak Lada Hitam

Daging Masak Lada Hitam

Sumber: sweetienora@hotmail.com

Bahan-bahan:
1 kg daging - dipotong nipis

Bahan A:
6 susu jintan manis (ditumbuk halus)
2 paket lada hitam - ikut suka banyak lada hitam (ditumbuk halus)
Halia (ditumbuk halus)
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

Bahan A ini diperap bersama daging

Bahan B:
4 ulas bawang putih
Halia - dihiris nipis
3 labu bawang besar - dihiris bulat
15-20 biji cili pada (digoreng sekejap)
6 biji kentang dibelah 4 (digoreng hingga kekuningan)
4 biji tomato dibelah 4
2 biji cili merah dibelah 4
2-3 sudu sos tiram
2-3 sudu sos lada hitam
Kicap
Sedikit garam
Daun bawang untuk hiasan (Potong lebih kurang 2" panjang)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan halia yang dihiris tadi hingga naik bau dan kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau daging tadi hingga ia naik bau yang sedap.
2. Apabila daging empuk dan lembut, masukkan sos tiram dan kacau. Kemudian masukkan pula sos lada hitam dan kacau. Masukkan kicap dan kalau terlalu pekat tambah sedikit air supaya ia lembab dan kacau.
3. Apabila daging masak, masukkan kentang goreng, cili padi yang telah digoreng tadi, cili merah, tomato dan bawang besar. Kacau lagi dan masukkan garam ikut rasa. Akhir sekali taburkan daun bawang diatas daging tadi.

Daging Masak Merah

Sumber: nina

Bahan-bahan:
Daging (ditoskan dan diperap bawang putih dan kicap sotong) dicampur pula dengan sedikit pewarna merah.
Bawang besar
Cili merah /hijau
Cili api
Tomato
Sos
Sos cili
Sos Tiram
Secawan air
Serai dipotong-potong saja.
Bawang putih seulas
Garam dan sedikit gula sahaja.

Cara-caranya:
1. Daging yang diperap digoreng terlebih dahulu angkat .
2. Masukkan sos yang dicampur secawan air dan serai tadi beserta cili api yang diketuk-ketuk. Biar kering sedikit
3. Barulah masukkan daging yang digoreng awal tadi.