MASALAH KEROPOK LEKOR
Saya cuba membuat keropok lekor menggunakan tepung ubi tetapi keropoksaya menjadi liat apabila telah sejuk. Bagaimana untuk mendapatkan keropok yang isinya lembut (tanpa menggunakan tepung sagu) seperti yang saya beli dikedai. Adakah ada penggunaan atau campuran tepung lain selain tepung ubi/sagu?
Saya mencampurkan sedikit baking powder dan soda ke dalam adunan keropok supaya keropok saya kembang dan lembut apabila digoreng, tetapi ianya menjadi kecut apabila telah sejuk. Bagaimana mengatasi masalah ini? Bolehkah puan memberikan resipi terperinci untuk membuat sos pencicah
sama seperti yang didapati di Terengganu/Kelantan?
Ada pelbagai resepi Keropok Lekor dan inilah salah satu yg anda mungkin boleh cuba bagi mendapatkan hasil yg anda inginkan. Resepi yg asli tidak menggunakan sebarang soda atau serbuk penaik, jadi, tidaklah saya pasti bagaimana kesannya terhadap keropok yg sudah siap digoreng itu.
KEROPOK LEKOR
2 kg ikan selayang/kembung
1 kg sagu rumbia
garam & gula secukupnya
Asingkan isi ikan drpd tuangnya, kisar hingga hancur kemudian masukkan sagu, garam dan gula. Biar selama 15 min kemudian uli hingga sebati dan bentukkan memanjang mengikut saiz yg dikehendaki. Rebus di dalam air mendidih hingga keropok timbul. Biar sejuk baru dihiris dan digoreng di dalam minyak yg banyak.
Bahan Sos
1 cawan gula merah
3 camb cili pes/giling
1/2 cawan air asam jawa pekat
3 cm kiub belacan, dikisar
2 1/2 - 3 cawan air
garam secukupnya
Jerang semua bahan hingga mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat. Hendaklah dikacau selalu terutama selepas ia mulai pekat.
No comments:
Post a Comment