Wednesday, April 30, 2008

KUIH KASTURI

KUIH KASTURI

Saya ingin minta resepi kuih kasturi...pernah mencuba, tetapi paste kacang hijau lembik sedikit- ikut resepi through internet. so, boleh puan sertakan resepi kuih kasturi yg pastenya tidak terlalu lembik dan boleh dibentuk.

KUIH KASTURI
200 g kacang hijau, direndam 6 jam
air utk merebus
120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
30 g kelapa parut (putih)*
3 camb tepung gandum

Bahan Batter
90 g tepung gandum
1 camb tepung beras
1 camt serbuk penaik
110-120 ml air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dgn penapis utk membuang airnya itu. Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum. Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras). Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Utk batter: Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu. Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan.

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.

No comments: