Wednesday, April 30, 2008

Puding Tak Menjadi

PUDING TAK MENJADI

Saya suka menikmati PUDING GULA HANGUS. Saya dah dapatkan buku langkah demi langkah terbitan Alaf 21, tapi setiap kali saya buat puding tu, saya dapati ianya terlalu banyak air. Dah banyak kali saya cuba, tapi hasilnya tetap sama. Saya irihati tiapkali menghadiri jamuan rumah kawan-kawan, saya dapati puding mereka keras dan cantik serta tidak berair. Adakah sebab tempoh mengukus tidak cukup ke apa sebabnya?

Ada beberapa faktor yg mungkin menyebabkan puding berair dan salah satunya adalah masa mengukus yg terlalu pendek. Ia mungkin juga kerana api kukus terlalu kuat dan puding tidak masak sekata. Api mestilah sederhana saja dan jika air kukus kering, tambah dengan air mendidih. Dari pengamatan saya, mmg puding jenis ini walaupun nampak mudah, agak rumit sebenarnya. Pastikan juga air dari bawah penutup kukusan tidak jatuh ke atas puding. Caranya ialah menutupnya 'longgar' dengan sekeping kertas foil/aluminium (seperti bumbung) di atas loyang/tin puding.

Anda juga boleh membakarnya (letak loyang di dalam bekas berisi air) pada suhu 200 C selama 30-35 min. Cuba resepi di bawah yg sudah saya 'modify' sedikit supaya puding anda akan keras dan enak.

PUDING GULA HANGUS
Bahan Karamel
100 g gula pasir
3 camb air

Bahan Puding
500 ml susu segar
3 camb tepung kastard
1 camt vanila
100 g gula halus
4 biji telur

Sediakan puding: Pukul telur dan gula hingga sebati (pastikan 'pusat' putih telur dibuang utk menghilangkan hanyir). Masukkan tepung kastard dan vanila, kacau rata. Panaskan susu sebentar (jangan biar mendidih) kemudian tuangkan ke dalam campuran telur. Tapiskan ke dalam jag.
Untuk gula hangus: Jerang kedua-dua bahan hingga gula larut. Masak lagi hingga menjadi keemasan kemudian tuangkan ke dalam loyang yg sudah dilengser dengan marjerin. Masukkan adunan telur, tutup 'longgar' dan kukus (atau bakar) selama 30-35 min atau hingga masak. Biar sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam baru diterbalikkan ke dalam pinggan.

No comments: