Sumber: sherrie@century.com.my
Bahan-bahan: ½ kilo daging 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 tangkai serai 2 cm halia 10 tangkai cili kering - direbus & kisarkan - boleh tambah ¼ cawan kicap pekat / kicap manis 3 sudu mkn gula merah 2 sudu mkn gula pasir ½ cawan air asam jawa - dibancuh dengan stok daging Garam secukup rasa Sedikit air - lebih kurang 2 cawan Minyak untuk menumis
Cara-cara memasaknya: 1. Rebus daging bersama air sehingga daging empuk. 2. Toskan & tumbuk daging hingga agak lerai – ketepikan. 3. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia & serai bersama air stok daging-stok jangan banyak sangat, agak-agak boleh dikisar sahaja. 4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau & masukkan cili kisar-tumis hingga sedikit garing. 5. Masukkan air asam jawa - gaul & tambahkan kicap, gula merah & gula pasir-gaul lagi. 6. Masukkan daging-gaul biar sebati & sesuaikan garam–masak hingga kering & bolehlah diangkat
Tips: Daging kalau nak tumbuk sampai lerai macam serunding pun boleh-air stok takleh banyak masa mengisar coz nanti bahan kisar lambat garing & kurang wangi - jangan risau kalau lauk berlebihan / tak habis - just panaskan semula & goreng hingga betul-betul kering (jadi macam serunding tapi lebih garing) - sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi, roti, ketupat & roti jala. |
No comments:
Post a Comment