Wednesday, April 30, 2008

Kari Tulang

Kari Tulang

Sumber & Gambar : Hellikonia

Bahan-bahan

1kg tulang lembu (seelok2nya rusuk) - rebus hingga dagingnya lembut & airnya hampir kering

3-4 ulas bawang merah

3-4 ulas bawang putih

1 inci halia

(tumbuk bawang2 & halia)

Bunga lawang, cengkih anggaran sejemput

1 btg serai - diketuk

2 paket kecil rempah kari daging (biasanya saya campur jenama adabi+baba's), jadikan pes

Santan dari 2/3 biji kelapa jadikan 2 cawan

Sedikit air asam jawa

Beberapa biji tomato & daun kari (optional)

Minyak utk menumis

Garam secukup rasa

Satu sudu makan gula

Cara

  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk beserta bunga cengkih, lawang & serai sehingga naik bau/ agak kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari. Biarkan sehingga naik minyak. Guna api perlahan supaya tidak mudah hangit.
  3. Masukkan air asam jawa, garam & gula.
  4. Masukkan tulang yang telah direbus. Kacau rata.
  5. Masukkan santan. Renih-didihkan.
  6. Masukkan tomato yg dipotong/ daun kari. Renihkan sebentar.
  7. Siap.

Nota : Kalau terlalu berminyak, kurangkan minyak semasa menumis/ buang minyak yang bergenang pada kuah sebelum dihidangkan.

No comments: