UDANG GOERENG TEPUNG TAK MENGGELEMBUNG
Saya pernah buat udang goreng tepung tapi tepungnya tidak menggelembung... mintak tolong tunjukkan caranya..
UDANG GORENG TEPUNG
500 g udang sederhana, dikupas tinggal ekor
300 g tepung gandum
3 camb tepung jagung
2 biji putih telur, dipukul hingga kental/keras*
230-250 ml air
sedikit garam
minyak utk menggoreng
Ayak kedua-dua jenis tepung. Masukkan garam dan tuangkan air sambil dipukul dengan pemutar belon (balloon whisk) hingga adunan sebati (seperti membuat cucur). Kaupbalikkan putih telur perlahan-lahan ke dalam adunan tadi supaya gelembung udara kekal di dalamnya. Panaskan minyak yg banyak, celup udang ke dalam adunan dan goreng terendam hingga keperangan. Angkat dan tuskan minyaknya. Sajikan dengan sos cili.
Nota: Pastikan pemutar letrik dan mangkuk bersih (bilas dengan air mendidih dan lap dengan tuala bersih) kerana putih telur tidak akan kental elok jika ada sebarang minyak.
No comments:
Post a Comment