Rendang Itik Tanjung Kling | |
1/2 cawan minyak masak 1 1/2 itik, dipotong dan cuci dengan garam dan asam jawa 3 hiris lengkuas 2 keping asam gelugur 4 cawan santan dari dua biji kelapa 4 camca besar kerisik Garam secukup rasa Bahan disangrai dan dikisar halus 10 tangkai cili kering 1 camca kecil ketumbar 1 camca kecil jintan manis 1 camca kecil lada hitam Bahan A (dikisar) 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 batang serai 3 cm kunyit hidup 1 1/2 cm belacan Melaka Cara membuatnya 1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan disangrai dan dikisar sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan itik, bahan A, lengkuas, asam gelugur, santan dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat dan itik empuk. 3. Selepas itu masukkan garam secukupnya, daun limau dan daun kunyit. Kecilkan api dan masak lagi sehingga kuah hampir kering. |
Wednesday, April 30, 2008
Rendang Itik Tanjung India
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment