Wednesday, April 30, 2008

Daging Masak Pekat

Daging Masak Pekat

Bahan-bahannya
1 kg daging lembu
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 sudu kerisik
1 tin susu cair
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan minyak jagung

Bahan untuk digiling
15 batang cili kering
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah digiling tadi.
2. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Masak sehingga naik baunya.
4. Masukkan daging yang telah dihiris tadi dan gaul kan sehingga sebati.
5. Masukkan susu cair, kerisik, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
6. Kacau sehingga sebati dan gunakan api yang rendah.
7. Biarkan masakan itu sehingga kering.
8. Masak sehingga dagingnya empuk.

No comments: