Wednesday, April 30, 2008

Bubur Lambuk Tanjung India

Bubur Lambuk Tanjung Keling


Bahan-bahan:

7 camca besar minyak masak

2 liter air

200 gm daging tetel

300 gm beras

50 gm kacang dal, direndam semalaman

Garam secukup rasa

3 camca besar daun sup hiris

3 camca besar daun bawang hiris

Bawang goreng (daripada 7 biji bawang merah)

Bahan tumis:

3 cm kayu manis

3 kuntum bunga lawang

2 camca besar serbuk kurma

5 biji buah pelaga

1 camca besar bawang putih, dikisar

1 camca besar bawang merah, dikisar

1 camca besar halia, dikisar

Cara membuat:

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Kacau sehingga terbit bau.

2. Masukkan air, kacau rata. Kemudian masukkan daging yang dihiris, kacau lagi. Biar ia masak sehingga daging lembut.

3. Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata. Biarkan kedua-dua bahan ini kembang.

4. Masukkan garam dan masak 15 minit.

5. Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak dimakan untuk berbuka puasa.

No comments: