Wednesday, April 30, 2008

Rendang Ayam

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit hidup
4 batang serai
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambahlah lagi)
gula
garam
3 sudu besar kerisik
daun limau purut/daun kunyit
1 biji kelapa (1 cawan santan pekat)

Cara-cara:
1. Potong dan bersihkan ayam. Seeloknya ayam tu dibersihkan dengan tepung gandum sikit, bagi hilang hanyirnya.
2. Blend bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit.
3. Blend cili kering.
4. Sediakan kuali, masukkan bahan blender tadi dan kacau sampai agak-agak kering
5. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan santan pulak. Kacau perlahan-lahan.
6. Biar sampai kering sikit, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Bila dah agak kering masukkan daun limau purut atau daun kunyit. Siap.

No comments: