Wednesday, April 30, 2008

CARA MENGUKUS NASI

CARA MENGUKUS NASI

Saya ingin bertanya mengenai cara mengukus nasi yang betul dan jenis beras yang sesuai supaya nasi yang dikukus lembut dan peroi (berderai). Selama ni saya masak nasi ok je cuma suami saya ni cerewet sangat pasal nasi. Dia suka makan nasi yang dikukus. Lauk-pauk dia tak kisah sangat. tapi bila nasi lembek atau berketul langsung tak lalu makan. Saya telah mencuba pelbagai jenis /jenama beras masih tak jumpa yang sesuai. Harap puan dapat memberi nasihat mengenai teknik mengukus nasi dan juga jenama yang sesuai.

Cara terbaik utk mendapatkan nasi yg enak adalah dengan menjerang air yg banyak. Basuh dan sejatkan beras (seelok-eloknya, campuran satu bahagian beras wangi dan satu bahagian beras biasa). Ttg jenama, pilihlah yg "popular" (mungkin agak mahal sedikit dari biasa).

Bila air mendidih, masukkan semua beras tadi (beras hendaklah tenggelam) dan kacau hingga kembang (perhatikan agar tidak terlalu kembang seperti memasak nasi di dalam periuk biasa).

Angkat dan buangkan airnya. Kocak nasi (dalam penapis) di bawah air paip dan tekan supaya semua airnya keluar. Ratakan di dalam loyang, taburkan daun pandan yg disiat-siat dan kukuslah selama 10-15 min di atas api sederhana. InsyaALLAH, inilah cara terbaik bagi mendapatkan nasi yg elok berderai.


Iza Kasmari,
Serdang

RESIPI DIM SUM

Adakah puan tahu bagaimana untuk membuat dim sum. Saya pernah makan sup dim sum diperbuat daripada daging ayam, kawan sekerja (Melayu) yang membuatnya. Masalahnya saya tidak berkesempatan hendak mempelajari daripadanya kerana beliau telah berhenti kerja. Sekiranya puan mengetahuinya, harap dapat puan memaklumkan di ruangan ini.
Saya harap inilah sup yg anda minta. Jikalau tidak, saya akan cuba usahakan yang lain, insyaAllah. Dim Sum adalah campuran pelbagai jenis makanan laut atau masakan yg diisi ke dalam kulit wantan dan dikukus atau direbus (lebihkurang macam steambot). Malah, beberapa jenis pau berinti manis dan masin juga dihidangkan sekali dalam bekas kayu (pengukus tradisional).

SUP DIM SUM
3 liter air
150 g ikan bilis, dibersihkan dan sejat
2 cm halia tua, dititik
5 ulas bawang putih, dititik
1 kiub stok ayam
garam & gula secukupnya
2 keping dada ayam/daging ayam bertulang, dipotong
Jerang air hingga mendidih. Masukkan semua bahan lain, masak hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan atas api sederhana selama 1 jam. Tapiskan dan sajikan atau gunakan untuk mencelur bahan dim sum. Atau masukkan ayam dan kacau sekali sekala hingga ayam masak. Sajikan dengan daun bawang dan bawang goreng.

No comments: