KARI AYAM ALA MASAKAN EMAK
Saya ingin tahu cara untuk membuat kari ayam seperti masakan ibu di kampung. Apabila saya cuba membuatnya berdasarkan buku resepi, saya dan suami tidak menggemari rasanya yang masam dan seperti kari mamak.
Bila puan menyebut seperti masakan ibu di kampung, sukar juga saya hendak membayangkannya kerana tidak pernah merasanya. Namun, jika puan tidak suka rasa masam di dalam kari, kurangkan saja asam gelugur atau asam keping atau air asam jawanya. Inilah penyebab rasa masam itu.
Puan boleh cuba resepi di bawah:
KARI AYAM
1 ekor ayam, dipotong 12-16
60 ml minyak
5 cm kulit kayu manis }
4 kuntum bunga cengkih } bahan penumis
1 kuntum bunga lawang }
3 biji buah pelaga }
1 tangkai daun kari
1 keping asam gelugur
1.2 liter santan (1 kelapa)
3 biji ubi kentang, dibelah 4
garam & gula secukupnya
Bahan Kisar
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
Campur sedikit air jadi pes
1 camb serbuk rempah kari daging
1 camb serbuk cili
2 camt serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk kunyit
Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau selalu. Pastikan pes rempah benar-benar wangi dan masak. Bila terbit minyak, masukkan ayam dan kacau 4-5 min atau hingga kering airnya. Tuangkan santan, bubuh asam gelugur, garam dan gula. Kacau hingga mendidih dan bila ayam separuh masak, masukkan kentang. Kacau sekali sekali. Bila kentang empuk, bolehlah diangkat.
Kami sekeluarga gemar makan nasi ayam tetapi apabila kami makan di kedai rasanya tidak memuaskan hati kami.Selalunya sup dan air cili yang tidak sedap. Bolehkah puan memberikan saya satu resepi nasi ayam yang sedap dan agak ringkas.
NASI AYAM
1 ekor ayam
2 cm halia, dititik
2 camt garam
air secukupnya
1 labu bawang putih } dicincang halus
2 ulas bawang merah }
440 g beras wangi, cuci & tuskan
1 helai daun pandan
2 camb minyak
Bahan sampingan
daun salad, timun dan tomato (hiris)
Sos untuk ayam
1 camt gula
1 camt minyak
2 camb kicap cair
1 camb kicap manis
200 ml air rebusan ayam
Sos untuk hidangan
100 g halia }
50 g bawang putih }
50 g bawang merah } dicincang halus
200 g cili merah }
3-4 biji limau kasturi (ambil jus)
60 ml sos tomato
gula, garam secukupnya
Jerang air dlm periuk besar. Masukkan halia dan garam. Bila mendidih, perlahankan api dan masukkan ayam. Tutup dan biar 45 min. Angkat ayam dan celupkan dalam air biasa selama 20-30 min. Angkat dan tuskan. Sapukan minyak pada seluruh badan ayam, biar ia tergantung (supaya mudah kering).
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning. Masukkan beras,
kacau rata. Tuangkan air rebusan ayam dan letak daun pandan. Masaklah seperti memasak nasi biasa. Potong ayam dan hidangkan bersama nasi dan bahan sampingan.
Nota: Jika suka boleh lumurkan ayam dengan campuran 1 camb kicap manis, 1 camb
sos tiram dan 1/2 camt madu dan gorengkan ayam dalam minyak yg banyak hingga keemasan baru diangkat dan dipotongkan. Pastikan minyak menutupi ayam atau belah 2 ayam dan
goreng satu persatu.
2 comments:
senang n sedap..tq for the recipe
kaya rempah banget masakannya
Post a Comment