Wednesday, April 30, 2008

Rendang Ekonomi

Rendang Ekonomi

Bahan-bahan

1 kilo daging ( daging batang pinang lagi senang & cepat) - perapkan bersama kicap manis (1/2 cawan) - selama 10 minit

Bahan Tumis

1 mangkuk kecil bawang besar dimayang

1 mangkuk kecil cili boh ( kalau nak pedas lebihkan sikit)

1 biji santan

Garam dan gula secukup rasa

Kicap manis - untuk meghitamkan sedikit kuah rendang

Cara Membuatnya

1. Tumiskan bawang besar sehingga kuning dan wangi.

2. Masukkan cili boh. Masak hingga garing dan naik minyak.

3. Masukkan daging yg diperap tadi- goreng seketika.

4. Tambahkan santan kedalam daging - biarkan sehingga daging empuk.

5. Tambahkan garam dan gula sesedap rasa.

6. Kalau kuah rendang kelihatan pucat, tambahkan sedikit kicap manis.

7. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat.

8. Angkat dan hidangkan.

No comments: