Wednesday, April 30, 2008

KEK TAT NENAS TRADISIONAL

KEK TAT NENAS TRADISIONAL

Saya teringin sangat nak buat Kuih Tart nenas cara-cara orang dahulu (gunakan cepit). Malah kakak saya pun menggemarnya. Tiap-tiap tahun emak saya tak miss, tapi beberapa tahun ini, kami beli sahaja sejak duduk di rumah baru. Lagipun resipi dari buku emak lama dah pudar. Boleh tak beri saya resipi Kuih Tart
cara tradisi.

KUIH TAT
Bahan Pastri
120 g tepung gandum
120 g tepung naik sendiri
150 g mentega
1 biji telur, dipukul
2-3 camb air ais
sedikit garam
kuning telur, utk sapu

Bahan Jem Nenas
2 cawan isi nenas yg sudah diparut
330 g gula pasir
4 kuntum bunga cengkih

Jerang semua bahan jem dalam periuk non-stick. Kacau hingga pekat dan kental kemudian ketepikan dari api dan biar sejuk. Untuk pastri: Ayak kedua-dua jenis tepung dengan garam. Gaulramas mentega ke dalam tepung hingga menyerupai serbuk roti. Buatkan 'lubang' di tengah adunan, tuangkan telur dan air. Uli perlahan menjadi doh. Canai doh setebal 5 mm dan terap dengan acuan tat. Atur atas tin pembakar berlengser marjerin dan isikan di tengahnya dengan jem. Gunakan 'penyepit' untuk membuat corak di sekeliling tat. Hias atasnya dengan hirisan pastri. Sapu dengan kuning telur. Bakar pada 175 C selama 25 min atau hingga masak.

1 comment:

ARMY'S WIFE said...

air nenas tu kena tapis ke????ke terus masuk sekali masuk dlm periuk utk msk jem