Bahan - bahan 1 mangkuk nasi putih Sedikit daging lembu - direbus Sedikit daging ayam Sedikit sotong Sedikit lobak merah 1 batang jagung muda (daging ayam, sotong, lobak merah & jagung muda) - dihiris (A) 3 ekor udang basah 5 biji cili padi - diketuk 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih (bawang besar & bawang putih) - dihiris 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar cili kisar 2 helai daun limau purut sedikit air, garam, sos ikan, gula pasir & minyak masak.
Cara membuat 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan cili kisar hingga garing. Masukkan bahan bawang besar dan bawang putih. 2. Masukkan daging lembu dan sedikit air. 3. Kemudian masukkan sotong, daging ayam, jagung muda, lobak merah dan cili padi. 4. Akhir sekali, masukkan sos cili, sos tomato dan garam. Kacau rata dan masak hingga sedikit pekat. 5. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan berulam timun. |
No comments:
Post a Comment