Siakap SweetSour
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap - disiang dan dibersihkan
sedikit garam
sedikt tepung jagung
3 biji buah tomato - dipotong dadu
2 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1/3 biji nenas dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam
1 biji capsicum mearh dipotong dadu
5 sudu besar minyak untuk menumis
4 cawan minyak untuk menggoreng (agak-agak tertutup saiz ikan)
bahan hiasan - sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Cara Memasak
1. lumurkan ikan dengan garam dan tepung jagung. Panaskan minyak dalam kuali, goreng sehgingga garing. Angkat, toskan dan hidangkan didalam pinggan.2. panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan tomato sehingga naik bau.
3. masukkan air, sos cili dan tomato, capsicum dan nenas.
4. masakkan sehingga agak pekat, masukkan garam dan guila.
5. setelah masak, angkat dan tuangkan keatas ikan.
6. hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
No comments:
Post a Comment