Wednesday, April 30, 2008

APA ITU SUGAR PASTE?

APA ITU SUGAR PASTE?

Apa perbezaan sugar paste, gum paste, pastillage dan regalice? Sugar paste juga dikenali sebagai Fondant Icing dan sesuai sebagai menyalut seluruh kek (yg terlebih dulu disapu dengan apricot glaze, buttercream atau royal icing atau dibalut dengan marzipan). Gelatine Icing adalah sejenis sugar paste yg mudah disediakan.

Gum paste mempunyai campuran gum tragacanth dan sesuai dibuat bunga dan pelbagai bentuk hiasan kek.

Pastillage ada pelbagai jenis dan memerlukan kederasan membentuknya kerana ia mudah mengeras. Jenis pastillage paling baik untuk membentuk sesuatu hiasan yg menegak adalah menggunakan flower paste kerana ia mempunyai gum tragacanth sebagai agen pengeras.

Regalice juga dikenali sebagai Rolled Fondant. Cirinya adalah serupa dengan fondant atau sugar paste dan boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing menggunakan pewarna aising (jenis paste, bukan cair).

Antara pastillage dan regalice mana satu sesuai untuk membuat bunga?
Oleh kerana terdapat pelbagai jenis pastillage, pilihlah flower paste kerana setelah diuli dan dicanai, ia menganjal dan mudah dibentuk menjadi kelopak bunga yg nipis tanpa menjadi pecah. Selain gum tragacanth, carboxymethyl cellulose juga digunakan semasa membuat flower paste ini. Regalice tidak begitu sesuai untuk hiasan 'intricate' yg memerlukan kehalusan seni walaupun masih boleh digunakan untuk membuat bunga, bergantung kepada jenis bunganya dan
bagaimana rupa bentuknya.


Lebihan pastillage dan regalice (selepas membuat kerja) boleh disimpan, tapi bagaimana kita dapat menggunakan balik kerana pastillage akan jadi keras, begitu jugak regalice?
Pastikan ia dibungkus dengan plastik dan diikat kemas kemudian simpan di dalam bekas kedap udara. Ia akan tahan selama 6 minggu tetapi jika menyimpannya lebih dari 1 minggu, letak di dalam peti sejuk. Biar ia kembali kepada suhu bilik sebelum digunakan.

No comments: