Wednesday, April 30, 2008

Daging/Ayam Masak Rawan

Daging/Ayam Masak Rawan

Bahan-bahan:

1. 1 ekor ayam dipotong 8 / 1 kilo daging direbus dan dipotong nipis lebar
2. 6 ulas bawang merah
3. 6 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 1 inci lengkuas
6. 1 sudu makan serbuk kayu manis
7. 1 sudu makan ketumbar - ditumbuk kasar
8. 1 sudu teh cengkih
9. 1 sudu teh buah pelaga (dipecahbelahkan)
10. 1 sudu teh serbuk pala (nutmeg)
11. 3 biji isi buah keras
12. setengah cawan kicap manis
13. setengah cawan air asam jawa (atau 2 sudu makan cuka)
14. 1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar ATAU 2 sudu makan cili boh (ATAU kalau nak "Jawa" lagi sikit, gunakan 2 sudu makan cili padi yang ditumbuk kasar).
15. 1 labu bawang besar, mayang kasar
16. setengah cawan air
17. 1 sudu makan kicap tiram (ini modify sendiri, bukan resipi asli)
18. minyak untuk menumis
19. gula & garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Kisar bahan 2,3,4 & 5
2. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar. Masukkan cili boh, kacau hingga keluar minyak.
3. Masukkan ayam/daging dan "seal"kan hingga permukaannya putih.
4. Masukkan bahan 6,7,8,9 & 10. Gaul rata. Tutupkan api
5. Pindahkan ayam dan rempah dari kuali tadi, ke dalam periuk tanah (ataupun slow cooker).
6. Masukkan bahan 12, 13, 16 dan 17, kacau rata dan biarkan masak dengan api perlahan selama setengah jam (atau lebih).
7. Masukkan isi buah keras dan reneh lagi hingga kuah pekat.
8. Masukkan bawang, gula & garam (jika belum manis & masin ikut cita rasa anda).
9. Kacau sekali lalu. Tutup api dan biarkan sejuk dalam periuk selama 20 minit sebelum menghidangkan.

Makan dengan nasi panas, tempe goreng dan lepas tu. minum air kopi kampung, Uhhh.. tak nak bangun...

No comments: