RESIPI NASI LEMAK
Saya merupakan seorg pelajar yang belajar di luar negara. Saya sudah beberapa kali membuat nasi lemak dari resepi-resepi yang boleh didapati di internet, namun hasilnya masih kurang memuaskan. Jadi, bagaimana untuk menghasilkan nasik lemak yang sedap dan mudah dilakukan kerana status saya sebagai seorg pelajar?
Nasi Lemak yg asli perlukan daun pandan dan dibungkus dengan daun pisang. Jika tiada bahan 'pewangi' ini, akan kuranglah keasliannya tetapi masih boleh berasa sedap. Nasi lemak yg sedap dan mudah, ini yg 'agak berat' kerana apakah yg dimaksudkan dengan mudah itu? Saya juga tidak pasti samada anda gunakan cream coconut (dlm bentuk pepejal seperti mentega) atau coconut milk (dlm tin, ada 2 jenis manis atau biasa). Saya juga tidak dapat meneka samada anda berada dekat dengan kedai runcit bangsa Asia (mudah membeli belacan, ikan bilis dll). Namun, kalau tiada ikan bilis, boleh buat sambal ayam atau udang atau sotong. Saya cuba berikan nasi lemak seringkas mungkin, harap berpuashati.
NASI LEMAK RINGKAS (utk 2 org)
180 g beras, dibasuh & tus
100 ml santan (coconut milk, bukan coconut cream)
350 ml air
3 hirisan halia
1/4 camt gula
1 camt garam (atau ikut suka masinnya)
Satukan semuanya, isikan ke dalam periuk nasi letrik. Jika memasak atas dapur, pastikan apinya sederhana rendah dan dikacau selalu. Sajikan dengan sambal, timun, telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng.
SAMBAL SOTONG
3 camb minyak
500 g sotong, dibersihkan
60 ml sos cili
60 ml sos tomato
100 ml air
1 camb gula
1 labu bawang besar, dihiris bulat
garam secukupnya
Bahan Kisar/Blend
1 labu bawang besar (saiz kecil)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 camb pes cili/cili kering kisar (ikut suka pedasnya)
Panaskan 1 camb minyak, masukkan semua sotong dan kacau hingga separuh masak (tinggal airnya sedikit). Angkat dan ketepikan. Panaskan baki minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan sos cili, sos tomato, bawang, air, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga terbit minyak kemudian campur dengan sotong. Bila agak pekat, angkat dan sajikan.
1 comment:
Saya juga merupakan pelajar yang belajar di luar negara,teringin sangat makan nasi lemak tapi susah nak mendapatkan bahan .Thanks for posting The recipe.
Post a Comment