Wednesday, April 30, 2008

KUIH BINGKA TAK MENJADI

KUIH BINGKA TAK MENJADI

Saya baru saja membeli buku aneka minum petang untuk dicuba. Walaupun saya tak pandai memasak, dengan berpandukan buku ini akan menyenangkan kerja saja. Resepi yang pertama dicuba ialah talam keladi dan kuih lapis. okeylah....Resipi selanjutnya ialah bingka beras. Dukacita dimaklumkan bingka berasnya tak jadi. Adakah resipi yang diberi betul?
Perkara utama ketika membuat bingka seperti ini adalah semasa mengacaunya di atas api hingga naik wap. Adunan mesti diperhatikan sentiasa kerana proses ini tidak memakan masa yg lama. Kelewatan meng-angkat adunan (hanya beberapa saat) akan menyebabkan adunan berketul dan ini membuat kuih tidak menjadi. Sebaik saja anda nampak wap naik, segera angkat dari api dan tuangkan ke dalam loyang yg sudah disapu minyak. Bakar dalam ketuhar api atas dan bawah utk mendapatkan bingka yg sempurna.

BINGKA TEPUNG BERAS
300 g tepung beras
150 g gula pasir
1 camt garam
1 liter santan (2 biji kelapa)
125 ml air daun pandan (ambil dari 10 helai pandan)

Kacau semua bahan hingga larut di dalam kuali. Jerang sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Segera tuangkan ke dalam loyang berukuran 22 cm yg disapu minyak. Bakar dgn api atas dan bawah pada 200 C hingga baha-gian atasnya keperangan dan kuih masak. Biar sejuk sebelum dihiris.


Dayang Rokiah,

No comments: