Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, April 30, 2008

Kari Ikan Malabari

Kari Ikan Malabari

Sumber : Kak Ray
Gambar : Baya

Bahan Yang Perlu :
500 gm ikan tenggeri, nyuk-nyuk, merah, salmon pun sedap
1 biji bawang besar cincang
4 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
4 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
1/2 sudu teh biji sawi
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam masala
2 sudu makan cili giling
1/2 sudu teh kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
garam & lada hitam secukup rasa
santan
4 sudu makan minyak
1 cawan air, lebih jika perlu
daun ketumbar cincang

Cara memasaknya:

Ni dah dtg vit. m....... ala masak macam biasa Cuma yang ni ikan diperap dulu. Kemudian tumis darat dengan bahan yang dinyatakan mudah dan yummmyummm.

1. In a large mixing bowl, combine the ground cumin, garam masala, red chili powder, tumeric, ground coriander, salt and pepper.
2. Cut the fish into 2 inch pieces and marinate with the dry spice mixture. Cover and refrigerate for at least a few hours.
3. In a large skillet, heat 3 tbsp of the oil on medium heat and add the onions. Cook for 5 minutes until they soften and slightly brown, add the ginger and garlic.
4. Stir fry for an additional few minutes and then add the marinated fish pieces. Let the fish lightly brown on all sides and add the water.
5. Add any remaining spices from the dry marinade and the coconut milk, cover and gently simmer on low heat for 5-6 minutes. Stir gently so as to not break the fish into smaller pieces.
6. In a separate sauce pan on medium high heat, add the oil. When it is just barely smoking, very carefully add the black mustard seeds. These tend to splatter, so be careful.
7. Reduce the heat to low and add the green chilies and curry powder. After 30 seconds, remove from the heat
and pour over your fish curry.

Hias dengan daun ketumbar dan hidang.

Gulai Ikan Masin

Gulai Ikan Masin

Sumber : ninoz
Kiriman : Mak Lang Azie

Bahan

Ikan kurau or talang masin - isi n tulang or kepala ikan masin pun bleh..[rendam terlebih dahulu]
N
enas - potong
T
erung- potong
T
omato - potong wedges
C
ili hijau - belah memanjang

Dikisar halus
5 bwg merah
3 bwg putih
H
alia (maklang tambah nih..)
R
empah kari sepeket kecik
A
ir barang 2-3 cawan [masa blend tu masuk santan sketttt je pun sedap gak]

Dimayang halus
5 bwg merah
3 bawang putih

1 tbsp jintan manis
D
aun kari
S
antan
G
aram gula secukup rasa
M
inyak utk menumis

Cara

  1. Bahan yang diblend itu dimasukkan dalam periuk. Renih dengan api sederhana or perlahan sampai bau rempah dia hilang sket.
  2. Daun kari tu masukkan sebahagian sahaja. Kemudian masukkan ikan masin dan nenas.
  3. Kemudian masukkan terung dan kemudian tomato.
  4. Kemudian masukkan santan. Kacau baik-baik jangan pecah minyak.
  5. Perisakan garam gula secukup rasa.

Di dalam kuali lain

  1. Masukkan minyak sikit sahaja, agak agak cukup nak tumis sahaja.
  2. Tumiskan bawang yang dah dimayang beserta dengan jintan manis dan daun kari sehingga keemasan.
  3. Kemudian curah ke dalam periuk gulai. Baru bau gulai tu jadi mengancam.
  4. Kacau sebentar biar mesra. Kemudian bolehlah diangkat.

Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin

Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin

Sumber & Gambar : Hanny

Bahan
3 ekor ikan senangin saiz sederhana (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
8 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
S
antan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa tp saya buat cair sket)
1-2 keping asam keping (blh ganti dengan 2 tsp air limau nipis)
G
aram

Cara

  1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
  3. Masukkan ikan, asam keping dan garam secukupnya.
  4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
  5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
  6. Hidangkan.

Nota: Kacang buncis boleh diganti dengan kacang botol, peria, rebung, kambas, sayur asin, kacang panjang, pisang atau apa2 sayur yang dirasakan sesuai.

Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bahan
Ikan bilis (basuh, tumbuk, goreng garing dan tos)
8-9 ulas bawang merah (blend/tumbuk)
3-4 ulas bawang putih (blend/tumbuk)
Cili kering (blend) (ikut citarasa masing-masing)
Kentang (potong kuib, goreng dan tos)
Terung (potong ikut citarasa masing-masing, goreng dan tos)
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan

  1. Goreng dan tos bahan-bahan yang diperlukan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
  3. Masukkan cili yang diblend, sedikit gula, garam dan masak sehingga cili betul-betul masak.
  4. Masukkan ikan bilis, kentang dan terung. Gaul rata.
  5. Masak sekejap dan hidangkan.

Ikan Cencaru Tomato

Ikan Cencaru Tomato

Bahan-bahan
2 ekor Ikan cencaru
6 biji - Buah tomato
Lada boh cap lada
Garam dan serbuk perasa


Cara-cara


  1. Ikan dibersihkan dan dibelah dua.
  2. Buah tomato dipotong kecil dan digaulkan bersama lada boh, garam dan serbuk perasa.
  3. Kemudian sumbatkan pada ikan yang dibelah tadi. Diperap seketika.
  4. Panaskan minyak dan goreng.
  5. Ikan disajikan dengan nasi panas.

Ikan Kembung Balut Daun Pisang

Ikan Kembung Balut Daun Pisang

Bahan-bahan:
Ikan kembung secukupnya
Daun pisang secukupnya
10 helai daun limau purut [dihiris halus]
200gm cili hidup merah
100gm lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
Kicap manis secukup rasa
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara penyediaan:
1. Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.
2. Letak ikan di atas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.
3. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.
4. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk di barbeku.

Ikan Siakap Bakar Berempah

Ikan Siakap Bakar Berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap bakar
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun pasli
2 biji cili merah | dibentuk bunga
Sedikit ketumbar
Sos berempah

Cara Hias:
1. Letak serong ikan siakap bakar di atas pinggan empat segi sama.
2. Letak pula bunga kantan di tepi ikan.
3. Kemudian hias daun pasli. Letak di sebelahnya cili merah.
4. Kemudian hiaskan ketumbar.
5. Tuangkan pula sos. Akhir sekali tabur daun ketumbar di atasnya.

Ikan Panggang Percik

Ikan Panggang Percik

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap dicuci bersih, dibuang perutnya dan dikelar-kelar.

Bahan-bahan Sambal Percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
Jus dari sebiji limau nipis atau lebih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
Sekeping kertas timah (Aluminum Foil)
2 biji cili merah untuk hiasan di atas ikan

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi.
  2. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat.
  3. Masukkan garam, gula dan asam limau.
  4. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang & daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan.
  5. Bungkus rapat-rapat dan dibakar pada suhu 180°C selama 20 minit sampai masak.