Wednesday, April 30, 2008

TAUHU & TAUFU FA

TAUHU & TAUFU FA

Saya amat meminat tauhu dan taufu fa, sudah puas saya mencari dalam website untuk mengetahui resepinya belum lagi saya jumpai. Saya harap pihak puan dapat memberi resepi tersebut.
Saya sendiri belum berpeluang mencuba kedua-dua resepi ini, tetapi oleh kerana ia diambil dari sumber yg boleh dipercayai, insyaALLAH, ia akan memberikan hasil yg diingini.

TAUHU
(menghasilkan 125g)
575ml air soya
½ camt garam epsom atau nigari
4 camb air panas

Jerang air soya hingga mendidih. Larutkan epsom dengan air panas, campurkan ke dalam air soya. Biar selama 5 min. Alas penapis dengan kain maslin. Tuangkan air soya (kental seperti dadih) ke dalam tapisan (airnya akan mengalir keluar). Lipat maslin untuk menutupi bahagian atas penapis. Letak pemberat di atasnya. Biar selama 1 jam. Ketepikan tauhu yg sudah mampat itu, simpan di dalam mangkuk berisi air di dalam peti sejuk hingga diperlukan.

TAUFU FA
300 g. kacang soya (dicuci)
3 l air
125 ml. air panas
1½ camt. serbuk gypsum
2 camB. tepung jagung

1 Rendam kacang soya selama semalaman. Tuskan dan buangkan kulitnya. Kisar soya dengan 1 liter air kemudian letak di dalam kain muslin dan perah ke dalam periuk.
2 Kisar semula hampas soya dengan baki air. Perah sekali lagi menggunakan kain tadi.
3 Larutkan air panas dengan serbuk gypsum. Biar sejuk kemudian campur dengan tepung jagung. Tapiskan ke dalam periuk besar.
4 Jerang air soya hingga menggelegak. Tuangkan segera (hendaklah menuangkannya pada paras tinggi) terus ke dalam campuran tepung jagung. Jangan kacau tetapi buangkan buih yang terapung.
5 Bungkus penutup dengan tuala tebal, tutup periuk dan biar hingga ia keras, kira-kira 1 jam.

No comments: