Wednesday, April 30, 2008

Daging Rusa Salai Goreng Istimewa

Daging Rusa Salai Goreng Istimewa

Tempoh penyediaan : 30 minit

Tempoh masakan : 40 minit

Bahan-bahan

600 g daging rusa

1 sudu besar serbuk perasa (garam, lada putih, kunyit serbuk)

1 tangkai daun kari

2 biji tomato sedang dipotong empat

2 labu bawang besar dipotong empat bahagian

2 labu bawang besar dihiris bulat

4 sudu besar minyak sapi

3 sudu besar minyak masak

3 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar cuka

30 g asam jawa (perah dengan 1/2 cawan air)

Bahan-bahan tumis

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu kecil lada sulah

10 ulas bawang merah (dihiris)

5 ulas bawang putih (dihiris)

Cara membuat

1. Perapkan daging rusa dengan serbuk perasa selama 20 minit dan panggang di atas api sehingga bahagian luarnya masak. Kemudian potong melintang selebar 1 x 0.5 cm.

2. Panaskan kuali dengan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi, tumiskan bahan-bahan sehingga wangi kemudian masukkan daging rusa dan goreng semua bahan tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan kicap pekat, cuka serta air asam jawa. Kacau dan tutupkan. Kecilkan api dan masak sehingga daging menjadi empuk.

3. Bila sudah empuk, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau hingga rata. Hidangkan bersama roti atau nasi panas.

1 comment:

Rusa Ryan said...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com