Wednesday, April 30, 2008

ASAM PEDAS MELAKA

ASAM PEDAS MELAKA

Bagaimanakan caranya untuk membuat asam pedas Melaka yang enak?
Ada beberapa versi masakan asam pedas di Melaka ini, dan dengan itu agak sukar utk menentukan yg manakah lebih "original" dari yg lain. Hanya orang-orang (tua) yg berasal dari Melaka yg dapat menilainya sendiri.

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang, terubok dll
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Nota: Jika suka bendi yg agak lembik, masukkan ia bersama ikan.

14 comments:

emilia said...

mintak izin CnP resepi ye..

Saiful Takaful said...

EHH ADA 1 SUDU BESAU GULA ....???
X REAL ... NOT MELAKA PURE...MASAK ASAM PEDAS ADA GULA , MAK AKU MASAK X TARUK GILA PUN...
MANANYA CHEFF DAH ?

CHEF KELANTAN KOT , MASAK TARUK GILA NIE ...BOOBOOO
ORG MELAKA KALAU X PEDAS X REAL , BUKAN MASAK ASAM PEDAS , MASAK ASAM GULA HEHEHEHEH.

KALAU NAK LAGI KICK , IKUT MASAK ASAM PEDAS JOHOR TARUK ... LADA HITAM LAGI ....LAGI PEDAS...

EcHaM DeQjOys@shamizumie said...

cm sedap..xtlampau mnis ke ltak gule

syaja0111 said...

selalunya gula akan diletakkan sedikit saja kuantitinya didalam masakan untuk dapatkan rasanya yang balance...yer2...

Effi said...

Saiful Takaful : Ape poyo benar anda ini?

Ryzn Ryzq said...

Masukkan gula bukan sampai manis terus asam pedas tu. Kalau ye pun komen. Cuba la bijak sikit. Macam orang x reti masak je, komen punya lebih2.

nabilatiqah said...

Ye,betul tu,gula untuk balance kan semua rasa,bukan untuk memaniskan kuah.. chef wan pun bagi tips tu.. :)

Rish8338 said...

Saiful Takaful: Mmg Poyo... Cerita mak dia punya plak... Anak mak le ni.

Owner said...

dah cuba resepi ni memang sedap,bab gula,pandai2 la ejas,tersilap taip kot*

Aisy ^^, said...

letak halba / serai/ tomato/ daun limau untuk lebih sedap:)

aksara nailofar said...

baru bukak web nie..actually gula mmg diperlukan klo nk masak nie..asenye owg y komen sal gule y over kt atas tue xpnah masak kowt cume taw mkn je...klo wt sambal tumis pown letak gula sket la...bkn nk bg manis jus nk bg balance rasa...try g tnya emak awak guna gula kie x...

salmiah said...

Betul tu gula utk balancekan rasa.aku masak pun letak gula sikit bkn utk bagi manis.yg komen kt atas tu nmpk benar tk pandai masak pandai ngomen jer.sapa yg buat sambal tumis tk letak gula sikit mmng tk sedap.begitu jg dgn asam pedas.apa. ....ra......tk tau psl masak memasak ni jgn nk ngomen.belajar dulu bru komen.

Nur-itu Cahaya said...

ana masak jarang letak gula. sedap je org makan. kalau masak sambal tumis pun tak letak gula. tapi gantikan dengan sedikit kicap manis. asam pedas letak gula? ana tak pernah buat.

Ayu Laila said...

saiful takaful, yang ko nak kaitkan negeri kelantan pe hal... ko ingat kalau manis je kaitkan dengan kelantan..ape punya pelaq la ko ni..booo boooo boodoh