Wednesday, April 30, 2008

ADAKAH RESIPI YANG DIBERI ITU BETUL?

ADAKAH RESIPI YANG DIBERI ITU BETUL?

Saya baru saja membeli buku aneka minum petang untuk dicuba. Dukacita dimaklumkan bingka berasnya tak jadi. Adakah resipi yang diberi betul?
Perkara utama ketika membuat bingka seperti ini adalah semasa mengacaunya di atas api hingga naik wap. Adunan mesti diperhatikan sentiasa kerana proses ini tidak memakan masa yg lama. Kelewatan mengangkat adunan (hanya beberapa saat) akan menyebabkan adunan berketul dan ini membuat kuih tidak menjadi. Sebaik saja anda nampak wap naik, segera angkat dari api dan tuangkan ke dalam loyang yg sudah disapu minyak. Bakar dalam ketuhar api atas dan bawah utk sempurna.

BINGKA TEPUNG BERAS
300 g tepung beras
150 g gula pasir
1 camt garam
1 liter santan (2 biji kelapa)
125 ml air daun pandan (ambil dari 10 helai pandan)

Kacau semua bahan hingga larut di dalam kuali. Jerang sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Segera tuangkan ke dalam loyang berukuran 22 cm yg disapu minyak. Bakar dgn api atas dan bawah pada 200 C hingga bahagian atasnya keperangan dan kuih masak. Biar sejuk sebelum dihiris.

Saya memberikan resepi yg berbeza kerana menurut anda, resepi yg anda cuba itu tidak menjadi. InsyaAllah, resepi baru yg saya berikan akan menghasilkan bingka yg anda inginkan. Soalnya sekarang, resepi itu "terlepas" dari "editing" atas sesuatu sebab yg tidak dapat dielakkan. Jika kemaafan yg wajar anda terima, itulah yg akan saya hulurkan.

Jika dianalisa secara terperinci (ruj: resepi dlm buku), utk tepung beras sebanyak 350 g (sukatan gula tidak "memainkan peranan" kerana ia adalah hak individu utk menentukan kemanisannya), kelapa yg harus digunakan adalah 2-3 biji (saiz kelapa juga memainkan peranan). Jika anda hendak kuih yg lebih lemak, hanya tambah saja jumlah kelapanya.

Manakala penggunaan air daun pandan tidak begitu penting kerana yg diperlukan di sini hanyalah bau wanginya. Jika tidak menggunakannya, tidak menjadi hal (ruj: resepi dlm buku). Jadi, kuih masih boleh jadi walaupun anda tidak menggunakan air daun pandan (kecuali Kuih Seri Muka yg mmg mempunyai lapisan atas berwarna hijau).

Kuih Melayu sungguh unik dan tersendiri. Atas dasar itulah, membuatnya memerlukan bukan saja kerajinan tetapi ketekunan dan sikap tidak berputus asa. Acapkali, pengalaman seseorang akan mengajarnya banyak perkara ttg kepekatan, tekstur dan rasa. Bayangkan, sesetengah kuih Melayu begitu "sensitif" hinggakan bila menggunakan tepung beras Cap Bunga, kuihnya tidak menjadi kerana ia hanya boleh disediakan dengan tepung beras Cap Gajah.....!!!

Kuih Melayu tidak seperti kek, biskut dll "kuih moden". Jadi, anda harus rasa bangga dan saya rasa bertuah kerana adanya individu seperti anda yg terus bersemangat utk memperkayakan pengetahuan menyediakan Kuih Melayu.

No comments: