Wednesday, April 30, 2008

OTAK-OTAK (JOHOR)

BAGAIMANA MEMBUAT OTAK-OTAK (JOHOR)

Saya telah banyak mencari resepinya di laman Web, tetapi tidak ketemu. Saya dan anak-anak amat gemar makan otak-otak dari Johor yang ada dijual di pasaran dengan harga lima puluh sen sekeping. Seandainya saya memperolehi resepi ini dari ALAFSJ MASAKAN maka dapatlah saya membuatnya
dan menyajikannya untuk keluarga.

OTAK-OTAK IKAN JOHOR
150 ml minyak
2-3 sudu besar air asam jawa
½ biji kelapa parut – dibuat kerisik
garam dan gula secukup rasa
beberapa helai daun pisang
600 g isi ikan bawal/tenggiri
1.5 liter santan (1 kelapa)

Bahan Kisar:
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5 batang serai
2.5 cm lengkuas
2.5 cm halia
3 sudu besar rempah kari ikan

Dedaun ulaman:
100 g pucuk ubi
60 g daun kaduk
2 helai daun betik
40 g daun selasih
40 g daun kesum

Bahan Hiris:
8 helai daun cekur
60 g daun semangkuk
60 g daun bebuas
60 g daun mengkudu
4 helai daun kunyit

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air asam jawa, kerisik, gula dan garam. Kacau atas api perlahan hingga terbit minyak.
2. Bubuh semua bahan hiris, kacau 2-3 minit.
3. Ambil 2 lapis daun pisang, susun dedaun ulaman, bubuh bahan rempah diikuti isi ikan. Bungkus kemas dan ikat dengan tali.
4. Masak dengan santan dan garam selama 2 jam, tambah air jika perlu. Bila santan agak kering, bolehlah diangkat dan dituskan.

1 comment:

~*ca*~ said...

salam...maaf yer saya mencelah sekejap..resepi nie bukan resepi otak2 johor yea tapi resepi botok-botok yg popular di johor bahru.kalau resepi otak2 seperti yg di minta oleh pengirim ialah yg dibungkus dgn daun kelapa dan dipanggang atas api..sekeping rm0.50-rm0.60 sekarang..