Wednesday, April 30, 2008

RESIPI BUBUR ASYURA

RESIPI BUBUR ASYURA

Bila boleh dapat resepi bubur asyura masin tu... yang boleh dipotong-potong bila sejuk tu?

Menurut sejarah orang Melayu, bubur Asyura harus mempunyai 10 bahan utama. Pilihan ubi dll bergantung pada individu itu sendiri. Bagi yg tidak suka berempah, boleh kurangkan.

BUBUR ASYURA
250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)

Bahan Rempah
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

Cara membuatnya
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yg dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.

No comments: