Wednesday, April 30, 2008

Daging Bistik

Daging Bistik

Sumber: sherrie@century.com.my


Bahan-bahan:
½ kilo daging (dipotong sebesar ½ tapak tangan)
¼ cawan serbuk black pepper McCormick (bancuh dengan air – boleh dikurangkan)
10-12 tangkai cili kering (rebus & kisarkan)
4-5 biji kentang (potong baji- wedges & goreng hingga kekuningan ketepikan)
1 tin kecil kacang peas (toskan)
1 senduk kecil kicap manis (boleh dikurangkan)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit garam, gula & air
4 sudu makan air asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:
1. Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk
2. Hiris nipis daging-tebal 1cm & tumbuk / ketuk-ketuk sedikit. Ketepikan
3. Panaskan minyak-tumis bawang putih dan merah hingga wangi
4. Masukkan cili kisar-tumis hingga garing / pecah minyak
5. Masukkan bancuhan pepper dan air asam jawa -tumis 2-minit dan tambahkan kicap.
6. Sesuaikan garam, gula dan tambah sedikit air jika terlalu kering
7. Masukkan daging-gaul rata dan masak seketika kemudian tambahkan kentang.
8. Apabila daging dah sebati / mesra masukkan kacang peas-masak dalam 5 minit.

Nota:
** sesuai untuk hidangan hari biasa / juadah raya boleh dihidang bersama pelbagai jenis nasi / roti
Tips : guna serbuk Black Pepper Beef instant cooking Maggi pun boleh jika tak suka pedas cili kisar tu kurangkanlah

No comments: